Jom saya kongsikan cara mudah untuk hilangkan hidung tersumbat. Anda pasti boleh bernafas dengan lebih baik semula.
Punca hidung tersumbat
Jika anda beranggapan hidung tersumbat adalah disebabkan oleh mukus semata-mata, anda silap. Hidung tersumbat juga boleh disebabkan oleh pembuluh darah di dalam rongga hidung yang membengkak, punca dari resdung dan alergi.Tips ini mungkin dapat membantu anda mengurangkan tahap hidung tersumbat.
Cara Hilangkan Hidung Tersumbat
1. Pasang humidifier/vaporizer
Stim yang dihasilkan dari humidifier boleh melembabkan udara di dalam bilik. Udara yang lembab membantu melegakan keradangan tisu dan pembuluh darah dalam rongga hidung sekaligus membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.
2. Mandi air panas
Anda dapat mengurangkan hidung tersumbat melalui wap air panas yang digunakan untuk mandi. Wap air panas memudahkan mukus dikeluarkan dan melegakan saluran pernafasan anda.
Atau anda boleh melakukan wap muka untuk hilangkan hidung tersumbat.
3. Hidrasi
Minum banyak air. Cecair dapat membantu mencairkan lendir dan mendorong ia keluar. Jika tekak anda kurang selera, anda boleh pilih untuk minum teh panas atau sup untuk melegakan hidung yang tersumbat.
4. Tuam kawasan hidung
Basahkan sehelai kain dengan air panas. Gunakan kain tersebut untuk tuam kawasan hidung anda. Cara ini dapat membantu membuka rongga hidung yang tersumbat.
5. Neti pot
Neti pot adalah alat khusus untu mengubati masalah pada hidung seperti sinus. Caranya larutkan satu sudu garam ke dalam air suam, dan tuangkan larutan tersebut ke dalam neti pot.
Letakkan hujung neti pot pada satu lubang hidung dan picit perut neti pot dengan perlahan bagi memancutkan air ke dalam rongga hidung. Lakukan langkah yang sama pada lubang hidung seterusnya.
6. Sapu minyak
Anda juga boleh sapukan minyak seperti minyak aromaterapi atau vicks pada leher dan dada untuk legakan ronggan hidung yang tersumbat dan memudahkan pernafasan.
7. Cuka epal dan madu
Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke dalam segelas air panas atau teh. Tambahkan satu sudu madu ke dalam air tersebut dan minum. Amalkan dengan konsisten untuk pernafasan yang lebih baik.
8. Beristirehat dalam posisi tegak
Jika anda rasa bertambah sukar untuk bernafas ketika baring, cuba tinggikan sedikit kepala anda dengan meletakkan bantal tambahan di bawah kepala. Atau anda boleh gunakan kerusi malas untuk berehat.
9. Kunyah gula-gula berangin
Anda mungkin tidak perasan gula-gula berangin berperisa mint juga dapat membantu anda kesegaran untuk bernafas ketika hidung tersumbat. Ia dapat membuka sedikit rongga hidung dan memudahkan anda bernafas dengan lebih baik.
10. Jus Cranberry
Selain bagus untuk kesihatan, jus Cranberry juga dapat membantu mengurangkan hidung yang tersumbat dan kadang-kadang boleh membantu mengatasi masalah hidung tersumbat yang parah.
Pastikan jus dalam keadaan suhu yang suam untuk melegakan hidung anda.
11. Gunakan 'Vapour Rub'
Vapour rub seperti Vicks dan Tiger Balm mengandungi menthol dan eukalyptus yang dapat memberi kelegaan pada hidung tersumbat.
Anda boleh sapukan vapour rub pada tisu dan menghidunya. Atau sapukan vapour rub pada leher dan dada sebelum tidur.
Senangnya hilangkan hidung tersumbat!
Memang tidak selesa apabila hidung tersumbat. Tidak dapat menikmati makanan serta aromanya dan banyak lagi. Memang boleh mengganggu kehidupan seharian.
Jadi, segeralah cuba cara di atas untuk mengatasi hidung yang tersumbat. Mudah, murah dan anda pasti berpuas hati.
Peringatan
Langkah-langkah di atas adalah rawatan untuk meredakan hidung yang tersumbat, bukan untuk menyembuhkan.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya keadaan menjadi parah.
Jika anda mendapati hidung anda tersumbat disebabkan resdung,link ini boleh membantu.
Atau klik sini untuk info resdung yang membuatkan hidung anda tersumbat
No comments
Post a Comment