9 Punca Utama Resdung Yang Wajib Anda Ketahui

Resdung, penyakit yang membawa maut! Atau jika dibiarkan akan memberi implikasi yang besar pada kesihatan. Penyakit yang membawa keradangan pada rongga sinus.


9 Punca Utama Resdung Yang Wajib Anda Ketahui
Tahukah anda punca utama terjadinya resdung? Jom saya kongsikan 9 punca utama resdung yang wajib anda ketahui.


9 Punca Utama Resdung

1. Virus


9 Punca Utama Resdung Yang Wajib Anda Ketahui
Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.
2. Struktur hidung yang berbeza
Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.
Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’.
Jika anda mengalami masalah ini, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk memulihkan keadaan.

3. Bakteria
Jika anda mengalami selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. 
Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.

4. Kekurangan Air/Udara Yang Kering


Mukus yang terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang menjadikan kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

5. Udara Tercemar dan Bahan Kimia


Bahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu.
Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung.

6. Jangkitan Kulat (Fungi)
Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.
Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.


7. Mandi di Kolam Renang
Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’, ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’.
Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja. Kolam renang mengandungi kandungan klorin yang tinggi yang boleh merangsang resdung. Kandungan klorin ini akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.
8. Merokok
Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.
Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.Kotoran dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.
9. Alahan
Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain.
Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Debu, bulu binatang, makanan laut mahupun lipas; cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung.
Kenalpasti punca resdung anda dan atasi segera sebelum memudaratkan kesihatan. 
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Baca juga Vitamin Untuk Resdung Yang Dijamin Berkesan Dengan Cepat Dan Selamat
TAG