Mungkin anda tidak sedar kekurangan nutrisi boleh membuatkan simptom resdung anda semakin kronik. Benarkah Vitamin C semulajadi dapat membantu memperbaiki masalah resdung anda?
Jom saya kongsikan kepentingan Vitamin C untuk mengatasi masalah resdung
6 Sebab Pentingnya Vitamin C Untuk Atasi Resdung
Vitamin C adalah sumber antioksidan yang tinggi yang mampu bertindak meningkatkan imun dan melindungi badan daripada virus.
Vitamin C bertindak sebagai antihistamin dan mengurangkan tahap histamin yang dihasilkan di dalam badan.
Histamin adalah bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk mempertahankan serangan alergen. Penghidap resdung biasanya mempunyai kadar histamin melebihi paras normal yang menyebabkan mereka terlalu sensitif terhadap sesuatu seperti habuk, makanan laut dan sebagainya.
Pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu melindungi rongga hidung daripada keradangan dan bengkak sekaligus melegakan sakit di bahagian muka dan kepala.
Pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoid boleh membantu mengecilkan bengkak membran sinus dan mempercepatkan proses menyembuhan.
Vitamin C membantu memerangi resdung paling kronik dengan menghasilkan interferon antibodi. Ini meterai sel-sel daripada menyerang patogen dan meningkatkan sistem imun.
Vitamin C bersifat decongestant atau pelega semulajadi dan membantu mengeringkan rongga hidung radang,sinus paranasal dan poket udara di atas dan di bawah mata.
Ingin ketahui produk Vitamin C yang terbaik di Malaysia untuk atasi resdung anda? Hubungi Mas di talian 013-3311328 untuk pertanyaan lanjut.
No comments
Post a Comment