Punca Resdung Yang Mesti Anda Tahu - Barulah Senang Nak Rawat

Anda nak tahu punca resdung yang membuatkan hidup anda tak tenang?


Mari saya kongsikan punca resdung yang mesti anda tahu supaya senang untuk rawat.

1. Struktur hidung
Punca ini mungkin jarang kita dengar. Tapi struktur hidung yang berbeza dan kurang normal boleh menjadi penyebab resdung. Individu yang lahir dengan keadaan struktur hidung dan 'sinus' yang berbeza dari normal atau dengan polip berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan sinus.

Saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menghalang rongga sinus dan menyukarkan mukus untuk keluar atau dibuang. Mukus yang tersimpan lama menambah jangkitan bakteria pada 'sinus'.

Biasanya kes begini memerlukan pembedahan untuk memulihkan keadaan.

2. Alahan


Biasanya individu yang alah terhadap sesuatu mudah untuk mendapat resdung. Contohnya alahan terhadap makanan laut, debu, bulu binatang dan sebagainya. Alahan ini boleh menyebabkan hidung berair, bersin, hidung gatal-gatal dan akhirnya mengundang resdung.

Sekiranya jenis alahan dapat dikenalpasti, langkah untuk mengubatinya dapat dilakukan dengan baik.

3. Virus


Selsema berlaku kerana jangkitan virus selsema terhadap individu. Ia boleh menyebabkan tisu dalam rongga hidung membengkak. Rongga yang membengkak menyukarkan laluan mukus untuk keluar dan menyebabkannya tersumbat. Mukus yang tidak dapat dikeluarkan itu akhirnya menyebabkan resdung.

4. Bakteria


Kerap selsema dalam tempoh yang lama juga merupakan punca resdung. Individu yang selsema dalam 10-15 hari  berkemungkinan telah dijangkiti bakteria pada ruang sinus. Ia selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.

5. Udara Tercemar Dan Bahan Kimia


Bahan kimia dalam perfume juga boleh menyebabkan resdung. Menghidu udara yang kurang bersih seperti asap rokok mendorong ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan. Hal ini sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung.

6.Jangkitan kulat (Fungi)
Jangkitan kulat mudah ditemui pada individu yang mempunyai sistem imunisasi diri yang lemah. Sistem pertahanan diri yang rendah memberi peluang kepada kulat untuk membiak dan membesar terutamanya di kawasan gelap dan lembap seperti di rongga sinus.

7. Kekurangan air


Mukus yang terperangkap dalam tempoh yang lama menyebabkan air tersejat dan mukus menjadi pekat. Hal ini boleh menjadikan resdung anda menjadi lebih teruk.

Jadi, mengambil air kosong secukupnya adalah penting untuk mengawal kelembapan pada rongga sinus.

8. Mandi Kolam Renang


Kandungan klorin yang tinggi dalam kolam boleh mengganggu lapisan hidung dan dinding sinus. Air kolam yang masuk ke dalam hidung dan rongga sinus boleh mendorong keradangan pada tisu dinding sinus dan merangsang resdung.

Untuk mengetahui produk resdung terbaik di Malaysia, lulus KKM dan dijamin selamat, KLIK SINI

Anda mahu saya bantu rawat resdung dan kelihatan sihat?

Whatsapp Mas 0133311328 untuk konsultasi terbaik
TAG