Tuhan saja yang tahu peritnya resdung mata. Bukan setakat sembab, malah mata menjadi sangat gatal, merah dan berair.
Anda boleh cuba cara atasi resdung mata punca mata sembab yang saya kongsikan di bawah.
Resdung Mata
Selain tidur yang tidak cukup dan keturunan, sembab mata juga boleh disebabkan oleh resdung. Atau lebih jelas, resdung mata.
Reaksi berlebihan sistem kekebalan tubuh terhadap zat asing atau alergen yang masuk ke dalam mata menjadikan mata anda terlalu sensitif dan menimbulkan radang seperti gatal mata yang keterlaluan. Alergen juga boleh meliputi makanan laut, kosmetik, habuk dan sebagainya.
Saluran darah akan terganggu dan menyebabkan kelopak mata membengkak. Anda yang ada resdung mata akan timbul lingkaran hitam dan bengkak di kawasan mata.
Stress bukan. Teliti cara atasi resdung mata punca mata sembab di bawah. Mungkin anda boleh mencubanya.
6 Cara Atasi Sembab Mata Sebab Resdung
1. Bersihkan tangan
Tangan adalah anggota badan yang kerap menyentuh mata. Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh mata kerana alergen boleh masuk ke mata melaui tangan.
2. Neti pot
Gunakan alat khusus iaitu neti pot untuk membersihkan rongga sinus. Ia amat membantu mengurangkan mukus yang semakin banyak di dalam rongga.
Semakin kurang mukus, semakin kurang tekanan yang berlaku pada muka. Sekaligus mengurangkan mata yang sembab.
3. Tuam dengan air sejuk
Tuala sejuk atau beg beku boleh mengurangkan kelopak mata yang membengkak dan gatal.
4. Pakai kacamata
Pakai kacamata bagi mengelak alergen seperti habuk dan debu masuk ke dalam mata terutama anda yang kerap menunggang motosikal atau banyak melakukan aktiviti luar.
5. Supplement
Amalkan supplement untuk meningkatkan imun anda. Imun yang kuat dapat mengurangkan jangkitan atau alahan pada mata.
6. Pakai ubat titis mata
Ubat titis mata dapat mengecilkan pembuluh darah yang membengkak dan menghentikan histamin dari terus bertindak.
Ubat titis mata tidak boleh digunakan selalu kerana penggunaan yang kerap boleh menjejaskan mata.
Resdung mata boleh berlaku kerana virus dan imunisasi anda yang kurang baik.
Jadi ada beberapa produk semulajadi yang berkualiti untuk atasi resdung mata dengan cepat. Klik sini
Segeralah rawat resdung mata anda sebelum ia menjadi parah.
No comments
Post a Comment