Anda mungkin tercari-cari alternatif lain untuk hilangkan resdung. Apa kata anda cuba bahan yang sangat mudah untuk anda dapatkan iaitu bawang putih.
Baca juga Punca Resdung Yang Mesti Anda Tahu - Barulah Senang Nak Rawat
Bawang Putih Ubat Resdung
Bawang putih bukan hanya penyedap makanan, tetapi terkenal juga sebagai bahan yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Kandungan sejenis bahan kimia di dalam bawang putih iaitu Allicin menjadikan ianya bahan yang sangat berkhasiat dan bernilai untuk hilangkan resdung.
Cara Hilangkan Resdung Dengan Bawang Putih
1. Kunyah bawang putih
Mengunyah 2-4 ulas bawang putih mentah setiap hari selama 10 hari dapat memberi kesan yang positif pada tahap resdung anda. Seeloknya alas perut dahulu sebelum mengunyah bawang putih.
Ia dipercayai dapat menghindarkan dari alahan dan jangkitan sinus.
2. Wap bawang putih
Masukkan air panas di dalam sebuah besen. Tumbuk 3-5 ulas bawang putih mentah dan masukkan ke dalam besen berisi air panas tersebut. Letakkan muka anda di atas besen tersebut dan tutup kepala dengan tuala bagi memastikan anda dapat menghidu wap tersebut semaksimum mungkin.
Anda juga boleh rebus bawang putih yang telah ditumbuk dan gunakan air rebusan tersebut untuk wap muka anda.
Wap bawang putih amat berkesan untuk mencairkan lendir dan melegakan sesak hidung.
3. Hidu bawang putih
Rendamkan 4-6 ulas bawang putih mentah dalam setengah cawan air selama lebih kurang 8-10 minit. Kemudian tumbuk bawang putih tersebut sehingga menjadi pes. Gunakan pes tersebut untuk hidu.
4. Bawang putih, minyak zaitun dan madu
Tumbuk 3-5 ulas bawang putih mentah dan rehatkan selama 15 minit untuk mengaktifkan enzim allicin. Kemudian campurkan sedikit minyak zaitun dan madu ke dalamnya, kacau rata. Jadikan campuran tersebut sebagai kaya. Sapu atas roti, bakar dan nikmatinya.
5. Bawang putih dan minyak zaitun
Tuangkan secawan minyak zaitun ke dalam kuali.Campurkan 2-3 sudu besar ulas bawang putih mentah yang telah di tumbuk ke dalamnya. Kemudian panaskan campuran tersebut dengan api yang sederhana.
Masukkan cengkih, tumiskannya dan tutup api apabila telah bertukar menjadi warna perang. Biarkan minyak sejuk dan sapu di bahagian hidung, dahi, leher dan dada untuk kurangkan masalah resdung.
Semoga 5 cara ini dapat membantu anda meghilangkan resdung dengan cepat dan berkesan.
Bagi mengetahui nutrisi lain yang penting untuk menghilangkan resdung, klik sini
Klik sini juga bagi cara yang lebih mudah untuk atasi masalah resdung.
No comments
Post a Comment