5 Cara Mudah Atasi Resdung Tanpa Ke Klinik

Resdung memang penyakit yang boleh mengganggu keceriaan hari anda. Penyakit yang nampak macam biasa tetapi boleh menjejaskan keseluruhan anggota badan.

Bukan saja mengganggu pernafasan, tetapi boleh menjejaskan penglihatan jika sekeliling kawasan mata telah dijangkiti nanah. Anda juga akan mengalami sakit tekak yang kronik dan jangkitan otak (menigitis) jika tidak segera dirawat.

Ya, memang bahaya. Resdung buat anda tak selesa, badan lemah dan tak bermaya nak buat kerja. Hubungan dengan orang sekeliling juga boleh terjejas kerana mood hari anda yang terganggu kerana resdung. Anda rasa resdung perkara yang simple?

Jangan biarkan ia berlarutan kerana ia boleh membawa maut. Jom ketahui cara mudah atasi resdung tanpa perlu ke klinik.



Baca: Produk Resdung Terbaik di Malaysia, Lulus KKM Dan Dijamin Selamat

5 Cara Mudah Atasi Resdung Tanpa Ke Klinik


1. Minum Banyak Air Kosong
    
Minum air yang banyak adalah cara paling mudah untuk atasi resdung. Air berfungsi untuk mencairkan lendir dan memudahkannya untuk keluar. 

Elakkan minuman alkohol, kafein dan minuman manis kerana ia boleh menjadikan lendir semakin tebal, menyumbat saluran pernafasan dan menjadikan keradangan semakin teruk.

2. Lidah Buaya
    
Lidah buaya bukan sahaja baik untuk merawat rambut tetapi boleh juga digunakan untuk merawat  resdung. Ia mempunyai sifat antiseptik yang boleh membunuh kuman. 

Caranya, sapukan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Atau, minumlah air rebusan lidah buaya secara teratur untuk lebih berkesan.

3. Limau Nipis Dan Daun Pandan
   
Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana boleh menimbulkan rasa pedih. Kesan pedih mungkin berbeza mengikut individu dan tahap resdung yang dialami.

Caranya, hiris halus-halus 10 helai daun pandan. Perahkan 10 biji limau nipis ke dalam hirisan daun pandan tersebut. Kemudian ramas daun pandan beberapa minit sehingga air bertukar menjadi hijau. Tapis air yang dihasilkan itu dan sapukan ke muka. Biarkan kering dan bilas muka dengan air biasa setelah selesai.

4. Kunyit atau halia

Kedua-dua rempah ini merupakan bahan yang wajib ada dalam setiap dapur. Ia bersifat anti-inflamasi dan anti-septik. 

Caranya, campurkan beberapa hirisan kunyit dan halia ke dalam teh suam. Minuman ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta mengurangkan tekanan di bahagian muka akibat        sinus.

5. Cuka Epal Dan Madu

Cuka dan Epal juga merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk atasi resdung.

Caranya, campurkan 3 sudu suka epal ke dalam air suam atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya. Kemudian minum 3 kali sehari.


Jika anda ingin mencari cara yang lebih mudah dan berkesan untuk atasi resdung, atau ingin hilangkan jerawat dan kesan resdung yang lain, hubungi saya di 0133311328 untuk info lanjut.