6 Cara Hilangkan Resdung Tanpa Ubat Selsema / Antibiotik


Anda mengalami masalah resdung yang tidak berkesudahan? Mesti rasa tak selesa kan? Macam-macam ubat resdung anda makan tapi tak ada yang memberi kesan.

Mungkin anda perlu cuba cara tradisional pula. Bahan semulajadi yang bukan saja mudah dan murah, malah selamat dan berkesan.

Jadi, kalau resdung anda sering melanda dan tidak berkesudahan, anda harus cuba 6 cara di bawah yang dapat bantu anda hilangkan masalah ini.


Baca: 3 Cara Atasi Resdung Dengan Cepat, 100% Selamat

6 Cara Hilangkan Resdung Tanpa Ubat Selsema / Antibiotik


Cara Pertama


Bahan-bahan
  • Seketul halia
  • Satu sudu lada hitam biji
  • Air secukupnya
Caranya
  1. Basuh bersih halia (jangan dibuang kulit) masukkan lada hitam dan air (jangan penuh jangan sikit, agak-agak menutupi halia tu) ke dalam 1 bekas.
  2. Panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih 
  3. Bila dah sejuk atau suam-suam kuku (ikut keselesaan), kumur dengan air tersebut. Amalkan setiap pagi petang dan malam
  4. Bila dah habis boleh tambahkan air dan ulang langkah 2 sehinggalah warna bertukar menjadi putih.

Cara Kedua


Bahan-bahan
  • 4 batang kayu manis
  • Secebis kain putih/kain bersih
Caranya
  1. Tumbuk atau kisar kayu manis sehingga menjadi serbuk
  2. Biarkan serbuk kayu manis sehingga kering
  3. Letakkan serbuk tadi ke tengah-tengah kain dan ikat seperti sup bunjut
  4. Gosokkan bunjut kayu manis ke tapak tangan dan hidu berkali-kali

Cara Ketiga


Bahan-bahan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 helai daun sireh
  • Secubit biji sawi
Caranya
  1. Hiris halus 3 biji bawang merah
  2. Ambil 2 helai daun sireh dan secubit biji sawi
  3. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih
  4. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu

Cara Keempat


Bahan-bahan
  • Teh uncang
Caranya
  • Simpan teh uncang yang telah digunakan
  • Sapukan pada wajah anda pada waktu yang sesuai seperti sebelum mandi
  • Biarkan seketika bagi meresapkan intipati teh ke wajah
  • Bilas dengan air. Selamat beramal

Cara Kelima


Bahan-bahan
  • Air
  • Tuala kecil
Caranya
  • Panaskan air sehinggan mendidih
  • Biarkan suam seketika
  • Basahkan tuala kecil dengan air yang telah suam dan tuamkan tuala di bahagian muka anda

Cara Keenam


Bahan-bahan
  • Air
  • Satu sudu garam
  • Besen kecil
  • Tuala
Caranya
  1. Rebus air sehingga mendidih
  2. Masukkan garam ke dalam air yang mendidih
  3. Tuang air tersebut ke dalam besen
  4. Letakkan kepala anda 30cm di atas air
  5. Tutup kepala dengan tuala sehingga menutupi besen yang berisi air panas
  6. Sedut wap tersebut. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali sehari.    

Jika anda mencari supplement yang baik untuk redakan resdung anda dan mungkin menghilangkannya, anda boleh hubungi saya di 0133311328. Saya akan kongsikan supplement yang terbaik di pasaran untuk hilangkan resdung anda.